LOKASI kemalangan membabitkan seorang lelaki parah akibat tersepit. FOTO Ihsan Bomba
LOKASI kemalangan membabitkan seorang lelaki parah akibat tersepit. FOTO Ihsan Bomba
Mohd Sabran Md Sani


LELAKI parah akibat tersepit di tempat duduk selepas lori dipandu terbabit kemalangan dengan tiga lori lain di Kilometer 95.7 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, tengah malam tadi.

Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng, Khairol Nizam Aresat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 12.17 tengah malam sebelum dua jentera membabitkan sembilan anggota dan pegawai ke tempat kejadian.

“Apabila tiba di lokasi kami dapati berlaku kemalangan membabitkan empat lori mengakibatkan mangsa, seorang lelaki tersepit di tempat duduk pemandu.

“Kami mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan parah itu menggunakan peralatan khas.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak ambulans untuk dihantar ke Hospital Batu Pahat,” katanya.

Katanya, kes itu diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Mac 2019 @ 11:47 AM