Kemalangan yang mengorbankan seorang lelaki  di kilometer 294.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Gopeng, 8 pagi hari ini. FOTO ihsan bomba
Kemalangan yang mengorbankan seorang lelaki di kilometer 294.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Gopeng, 8 pagi hari ini. FOTO ihsan bomba
Mohd Hafizee Mohd Arop

Gopeng: Seorang lelaki maut selepas lori kontena dipandunya terbabit kemalangan dengan treler membawa muatan batu di kilometer 294.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Gopeng, 8 pagi hari ini.

Difahamkan, mangsa dikenali sebagai Khairul Nazuan,28, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tersepit ditempat duduk pemandu.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng, Nor Zambri Abdul Wahab berkata, pihaknya menerima panggilan jam 8.13 pagi sebelum ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba mendapati seorang lelaki yang sudah meninggal dunia tersepit di tempat duduk pemandu sebelum anggota melakukan kerja-kerja mengeluarkan mangsa.

"Mangsa yang berjaya dikeluarkan kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba.

"Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Kampar," katanya.

Keterangan Gambar:

PIX: Anggota bomba melakukan kerja-kerja mengeluarkan mangsa tersepit.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 January 2017 @ 11:21 AM