Anggota bomba membawa keluar mayat buruh warga Bangladesh yang tertimbus dalam runtuhan di Taman  Hi-Tech Subang. FOTO Fazrik Kamaruddin.
Anggota bomba membawa keluar mayat buruh warga Bangladesh yang tertimbus dalam runtuhan di Taman Hi-Tech Subang. FOTO Fazrik Kamaruddin.
Nurul Hidayah Bahaudin


MAYAT seorang buruh warga Bangladesh yang tertimbus selepas lantai dan besi perancah bangunan dalam binaan runtuh di Taman Hi-Tech Subang, Subang Jaya, ditemui pada 9.40 malam, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Nurizham Mohd Nudin berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira empat jam untuk mengeluarkan mangsa daripada runtuhan itu.

“Kami berdepan kesukaran untuk mengeluarkan mayatnya berikutan runtuhan itu dan perlu mengalihkan semua besi berkenaan yang tersangkut antara satu sama lain.

“Dalam masa sama, proses itu perlu dilakukan dengan segera memandangkan struktur bangunan masih tidak stabil berikutan kejadian runtuhan berkenaan.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi bedah siasat dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, dalam kejadian 4.44 petang, mangsa berusia 43 tahun baru selesai melakukan kerja di tapak binaan berkenaan sebelum lantai bangunan serta besi perancah runtuh dan menimbus mangsa.

Berita berkaitan

Buruh binaan maut lantai runtuh

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 January 2019 @ 11:40 PM