(Gambar fail) Keadaan banjir di Jalan Kampung Seladang, Hulu Setiu ke Kampung Che Long baru-baru ini. FOTO Ihsan Pembaca
(Gambar fail) Keadaan banjir di Jalan Kampung Seladang, Hulu Setiu ke Kampung Che Long baru-baru ini. FOTO Ihsan Pembaca
Hanneeyzah Bariah Baharin

SERAMAI 40 mangsa banjir di Langkap, Setiu, berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) malam ini, selepas kediaman mereka dinaiki air sehingga sedalam 0.9 meter.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Penguasa Kanan Bomba 11 Mohamed Zulkhairul Mohamed Razilah, berkata semua mangsa dari 12 keluarga itu berpindah ke PPS di Masjid Merbau Menyusut.

Beliau berkata, semua mangsa mula berpindah sendiri malam tadi selepas sembilan kediaman di kampung berkenaan dinaiki air akibat hujan lebat sejak petang semalam.

“Berikutan itu PPS Masji Merbau Menyusut dibuka jam 9 malam tadi.

“Daripada laporan yang diterima, Sungai Nerus di Kampung Langkap, Setiu melepasi paras amaran iaitu 20.93 meter dan ia menunjukkan trend menaik berikutan cuaca hujan,” katanya ketika dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Disember 2018 @ 1:33 AM