BUAYA seberat 500 kilogram (Kg) yang berjaya ditangkap anggota polis dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam satu kejadian di Pantai Felda Sahabat 16, Lahad Datu. FOTO Ihsan Pembaca
BUAYA seberat 500 kilogram (Kg) yang berjaya ditangkap anggota polis dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam satu kejadian di Pantai Felda Sahabat 16, Lahad Datu. FOTO Ihsan Pembaca
Hazsyah Abdul Rahman


BUAYA seberat 500 kilogram (kg) berjaya ditangkap anggota polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), di kawasan Pantai Felda Sahabat 16, dekat Lahad Datu, petang semalam.

Reptilia sepanjang 4.5 meter itu ditangkap kira-kira 6 petang, sebelum dibawa ke Pejabat APM Felda Sahabat.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga berkata, sepasukan pegawai jabatan itu dari Lahad Datu sudah dihantar ke lokasi kejadian bagi mendapatkan maklumat lanjut.

“Pihak kami menerima laporan mengenai reptilia itu dan laporan awal yang saya terima setakat ini menyatakan buaya itu telah membaham seekor anjing di pantai terbabit, sebelum berjaya ditangkap oleh anggota APM dan polis bantuan.

“Buaya itu kini berada di Pejabat APM Felda Sahabat sebelum diserahkan kepada kami,” katanya ketika dihubungi di Lahad Datu, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 November 2018 @ 1:56 PM