GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Faliq Lajim

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang anggota polis berpangkat koperal berhubung kes rasuah membabitkan wang berjumlah RM10,000.

Sumber SPRM berkata, anggota polis terbabit yang bertugas di Klang itu ditahan di pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberi keterangan pada jam 4 petang tadi.

“Suspek dipercayai meminta dan menerima wang sebanyak RM10,000 sebagai balasan melepaskan orang awam yang ditahan atas kesalahan dadah,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Katanya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan suspek akan ditahan reman di Mahkamah Majistret Shah Alam esok.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 September 2018 @ 7:04 PM