Mohd Iskandar Ibrahim dan Veena Babulal

Kuala Lumpur: Jemaah Penasihat UMNO akan bermesyuarat dalam tempoh terdekat bagi membincangkan soal parti termasuk kedudukan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden parti itu.

Pengerusinya Tengku Razaleigh Hamzah berkata, hasil mesyuarat itu akan dibentangkan kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) untuk tindakan selanjutnya.

TENGKU Razaleigh
TENGKU Razaleigh

“Mengenai apa yang berlaku baru-baru ini, sudah tentu Jemaah Penasihat UMNO akan mengadakan mesyuarat kerana kesannya amat mendalam dan saya kena cermat.

“Dengan apa yang berlaku di mahkamah (pendakwaan Ahmad Zahid), semua perkara itu kena diambil kira,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Buku The End of UMNO? Post GE-14 di sini, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai 45 pertuduhan yang dihadapi bekas Timbalan Perdana Menteri itu di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Oktober 2018 @ 3:22 AM