GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Faris Fuad


PIHAK berkuasa Dhaka, Bangladesh menahan seorang rakyat Malaysia yang menyeludup masuk jongkong emas seberat tujuh kilogram (kg) dengan nilai pasaran 35 juta Taka (kira-kira RM1.7 juta) ke negara terbabit, semalam.

Memetik beberapa laporan portal media Bangladesh, hari ini, lelaki berusia 47 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal, Dhaka jam 10 malam waktu tempatan.

Timbalan Pesuruhjaya Kastam Othello Chowdhury dilaporkan berkata, pihaknya memeriksa individu itu selepas dia melalui laluan hijau di lapangan terbang berkenaan sebaik tiba di negara berkenaan.

Katanya, hasil pemeriksaan membawa kepada rampasan tujuh jongkong emas dibalut dengan kertas karbon yang disembunyikan dalam jaket suspek.

“Setiap jongkong emas itu seberat satu kg. Lelaki itu dijangka akan dikenakan tindakan mengikut Akta Kastam dan Kuasa Khas Bangladesh,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Oktober 2018 @ 3:57 PM