IBU tunggal bersama anak lelakinya terselamat daripada kebakaran rumahnya di Jalan Pertanian 6, Taman Universiti dekat Skudai, awal pagi, hari ini. FOTO Ihsan Bomba
IBU tunggal bersama anak lelakinya terselamat daripada kebakaran rumahnya di Jalan Pertanian 6, Taman Universiti dekat Skudai, awal pagi, hari ini. FOTO Ihsan Bomba
Izlaily Nurul Ain Hussein


IBU tunggal bersama anak lelakinya terselamat dalam kebakaran rumahnya di Jalan Pertanian 6, Taman Universiti dekat Skudai, awal pagi, hari ini.

Dalam kejadian 2.15 pagi itu, rumah terbabit terbakar 90 peratus, manakala sebuah lagi rumah turut rosak dengan 15 peratus kebakaran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Skudai, Mohd Riduan Akhyar berkata, rumah berkenaan adalah teres setingkat jenis kekal dan didiami ibu tunggal dengan anaknya yang berusia 10 tahun.

“Ketika kejadian, kedua-dua mangsa sedang tidur di ruang tamu. Mangsa menyedari kebakaran berlaku di bilik belakang dan berjaya melarikan diri.

“Kita menerima panggilan kecemasan pada 2.26 pagi dan dua jentera serta sembilan anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Operasi pemadaman ditamatkan pada 4.06 pagi,” katanya.

Beliau berkata, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Oktober 2018 @ 10:56 AM