Dr Mahthir pada sidang media selepas mempengerusikan mensyuarat Majlis Presiden PH di Yayasan Al-Bukhary. FOTO Asyraf Hamzah
Dr Mahthir pada sidang media selepas mempengerusikan mensyuarat Majlis Presiden PH di Yayasan Al-Bukhary. FOTO Asyraf Hamzah
Mohd Anwar Patho Rohman dan Fahmy Azril Rosli


“YAHUDI biasanya mereka hidung tinggi, itu yang saya kata. Mereka rambut kerinting dan biasanya orang Cina tidak suka rambut kerinting,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri menegaskan beliau bercakap benar apabila mengkritik Yahudi bersikap ‘hidung tinggi’ dan menjadi punca kekacauan di rantau Asia Barat.

Beliau tidak peduli terhadap tindak balas dan reaksi masyarakat itu kesan daripada kenyataannya itu ketika ditemubual dalam dalam program HARDtalk terbitan BBC ketika lawatannya ke United Kingdom (UK) baru-baru ini.

“Ini saya bercakap benar, saya tidak peduli saya digelar sebagai anti-Yahudi dan lain-lain.

“Saya hendak tanya mengapa kita tidak boleh mengkritik orang Yahudi sedangkan mereka boleh kritik orang lain tanpa orang lain boleh kritik. Ini yang saya tidak boleh terima.

“Adakah Yahudi terlalu istimewa sehingga kita tidak boleh kata apa-apa terhadap mereka? Terutama ketika mereka melakukan kesalahan seperti melancarkan roket dan bom terhadap kanak-kanak, sekolah dan hospital,” kata beliau.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam ucapannya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) baru-baru ini, Dr Mahathir melabel Yahudi sebagai ‘hidung tinggi’ dan menjadi punca kekacauan di rantau Asia Barat.

Pengacara HARDtalk, Zeinab Bedawi mempersoal kenyataan Dr Mahathir itu yang disifatkan sebagai anti-Yahudi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Oktober 2018 @ 4:35 PM