NAJIB. Arkib NSTP
NAJIB. Arkib NSTP
Safeek Affendy Razali

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dilaporkan sedang memberikan keterangan kepada Unit Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA), Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk kali kedua di Menara KPJ, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Beliau dilaporkan tiba bersama peguamnya antara jam 9 hingga 9.30 pagi tadi selepas kehadirannya di menara berkenaan tidak disedari pihak media terdiri dari wartawan, jurukamera dan jurugambar yang memenuhi ruang utama lobi menara sama.

Sehingga jam 11 pagi tadi, kelibat Najib masih belum kelihatan.

Sebelum ini pada Isnin lalu Najib, dipanggil ke pejabat AMLA di menara sama.

Beliau dilaporkan hadir bersama peguamnya bagi membantu siasatan berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sekitar jam 10 pagi.

Sebelum ini, Najib berhadapan dengan tujuh pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram dan salah laku kuasa.

Bagaimanapun, beliau mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Ogos 2018 @ 12:11 PM