PEGAWAI SPRM membawa bekas Pedana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Pejabat JSJK di Menara KPJ (No. 238) dari Ibu Pejabat SPRM , Putrajaya berhubung Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram atas Perintah Pemeriksaan wang haram, pencegahan pembiayaan keganasan dan hasil daripada aktiviti haram (AMLATFPUAA) 2001 (AKTA 613). FOTO Mohd Yusni Ariffin

Faris Fuad

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di pekarangan ibu pejabat Unit Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman di Menara KPJ, Kuala Lumpur, hari ini setelah mendapat persetujuan daripada Jabatan Peguam Negara.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, Najib akan dikemukakan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk proses pertuduhan oleh Timbalan Pendakwa Raya mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001.

Katanya, bekas Perdana Menteri itu akan menghadapi sebanyak 21 pertuduhan membabitkan 681 juta Dolar Amerika Syarikat (RM2.8 bilion).

“Sembilan dan lima pertuduhan masing-masing membabitkan penerimaan wang haram dan penggunaan wang haram.

“Tujuh pertuduhan lagi membabitkan pemindahan wang haram ke entiti lain.

“Tangkapan dan pertuduhan ini dilakukan dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Najib dibawa ke ibu pejabat AMLA bagi dirakam percakapannya berhubung siasatan mengikut Seksyen 4(1) AMLATFA 2001.

Kehadiran bekas Perdana Menteri ke ibu pejabat itu bagi membantu siasatan oleh pihak polis yang berkerjasama dengan pasukan penyiasat SPRM berhubung siasatan kes sama.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 September 2018 @ 10:55 AM