Teoh Pei Ying

DATIN Seri Rosmah Mansor serta anaknya, Riza Aziz dan Mohd Norashman Najib meninggalkan Unit Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) di Menara KPJ, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, kira-kira 1 petang tadi.

Isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu dan dua anaknya dikatakan keluar dari unit berkenaan menggunakan pintu belakang tanpa pengetahuan pihak media yang menunggu di lobi utama bangunan terbabit.

Difahamkan, sesi mengambil keterangan mereka untuk hari ini sudah selesai.

Rosmah, Riza dan Mohd Norashman tiba di pejabat Amla pada 9.43 pagi tadi untuk memberi keterangan bagi siasatan berhubung skandal 1Malaysia Berhad Development (1MDB).

Ini adalah kali pertama Rosmah dipanggil untuk mengambil keterangan oleh AMLA bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Difahamkan, pegawai penyiasat akan mengambil keterangan Rosmah berhubung pelbagai isu berkaitan 1MDB termasuk barangan yang dirampas di hartanah milik suaminya.

Pada Mei lalu, polis membuat serbuan di enam premis dikaitkan dengan Najib dan merampas wang tunai, barang kemas serta pelbagai barangan berjenama selain dokumen.

Awal bulan ini, Rosmah didakwa dengan 17 tuduhan penggubahan wang haram dan gagal membayar cukai membabitkan jumlah RM7,097,750.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Oktober 2018 @ 2:07 PM
KENDERAAN yang membawa isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan anaknya, Riza Aziz dan Mohd Norashman Najib, dilihat keluar pada 1.08 tengahari selepas hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) di Bangunan KPJ, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali