KEADAAN kilang terbabit.
KEADAAN kilang terbabit.
Nurul Hidayah Bahaudin

SEBUAH kilang perabot di Kawasan Perindustrian Jalan Semenyih, di Semenyih, musnah sepenuhnya dalam kebakaran, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih, Zainal Elias Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.14 pagi tadi.

“Seramai 32 pegawai dan anggota bersama enam jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih, BBP Bangi serta BBP Kajang dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami mendapati api sedang marak menyebabkan keseluruhan kilang itu terbakar,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Zainal berkata, pihaknya mengambil masa lebih tiga jam untuk mengawal sepenuhnya kebakaran itu.

“Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 4.30 pagi tadi.

“Difahamkan ketika kejadian, hanya ada seorang pengawal keselamatan bertugas di kilang berkenaan.

“Bagaimanapun, lelaki itu berjaya menyelamatkan diri dan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Katanya, punca kebakaran kilang itu masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Ogos 2018 @ 8:42 AM