KEBAKARAN kedai di Taman Semenyih Center, semalam.
KEBAKARAN kedai di Taman Semenyih Center, semalam.

Semenyih: Sebuah kedai menjual barangan plastik dan alatan dapur musnah dalam kebakaran di Taman Semenyih Center di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, kebakaran berlaku di tingkat bawah premis namun anggota bomba berjaya mengawal api dari merebak ke tingkat atas bangunan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, tiga jentera bersama 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih, BBP Kajang dan BBP Bangi bergegas ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi, kepulan asap tebal memenuhi ruang dalam premis.

“Anggota bomba terpaksa menggunakan alat pemotong khas bagi membuka pintu premis sebelum operasi memadamkan kebakaran dilakukan,” katanya.

“Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya jam 7 pagi sebelum Unit Forensik Bomba tiba untuk melakukan siasatan.

“Tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku dalam kejadian itu manakala punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 January 2016 @ 6:22 AM