DUA remaja maut di tempat kejadian selepas motosikal yang ditungganginya melanggar belakang sebuah pacuan empat roda di Jalan Kuantan-Johor Bahru. FOTO Ihsan PDRM
DUA remaja maut di tempat kejadian selepas motosikal yang ditungganginya melanggar belakang sebuah pacuan empat roda di Jalan Kuantan-Johor Bahru. FOTO Ihsan PDRM
Shahrul Nizam Mohamad


DUA maut selepas motosikal dinaiki mereka melanggar belakang kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 156, Jalan Kuantan-Johor Bahru, Rompin, hari ini.

Dalam kejadian 12 tengah malam itu, mangsa, Mohd Zairry Xdry Alias, 18, berasal dari Desa Wawasan Kampung Pianggu, di sini, dan rakannya Mohammad Suffian bin Mohamad Not, 17, berasal dari Kampung Pianggu, Endau, disahkan maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitenden Azly Mohd Noor berkata, kedua mangsa gagal mengelak kenderaan pacuan empat roda dipandu guru, Mohd Zahiruddin Zaini, 38, yang sedang berhenti untuk memasuki simpang kanan jalan.

"Mangsa gagal mengelak kenderaan terbabit dan melanggar bahagian belakang mengakibatkan kedua-duanya terpelanting sebelum terjatuh atas jalan.

"Mereka disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian berikutan mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala," katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Azly berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan meminta saksi kejadian tampil bagi

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Ogos 2018 @ 2:15 PM