AHMAD Zahid ketika berucap pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri UMNO Johor di Johor Bahru, hari ini. FOTO Zain Ahmed
AHMAD Zahid ketika berucap pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri UMNO Johor di Johor Bahru, hari ini. FOTO Zain Ahmed
Saadiah Ismail


UMNO akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tindakan agensi itu membekukan akaun bank UMNO Pusat dan akaun lain.

Pemangku Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau berusaha membuktikan wang milik UMNO adalah sah dan tidak terbabit dalam sebarang kegiatan pengubahan wang haram.

Katanya, selagi diberi kepercayaan untuk memimpin UMNO, beliau akan menentang dan tidak membenarkan mana-mana pihak membuat ugutan dan melakukan diskriminasi terhadap UMNO.

“Ugutan dan penderaan politik bukanlah cara untuk mentadbir negara oleh mana-mana kerajaan di sebuah negara demokrasi.

“Justeru, saya berharap semua ahli UMNO akan bersama-sama untuk memastikan UMNO terus wujud dan menentang sebarang usaha melumpuhkannya.

“Di bawah kepemimpinan saya kelak, UMNO akan bangkit sebagai sebuah parti Melayu dan Bumiputera yang memperjuangkan kepentingan rakyat dan negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Berita berkaitan

Harap SPRM tiada niat lain - KJ

SPRM ada kuasa beku akaun UMNO - Muhyiddin

Akaun UMNO dibeku SPRM

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Jun 2018 @ 9:49 PM