LAPORAN Harian Metro, sebelum ini.
LAPORAN Harian Metro, sebelum ini.
Safuri Kamarudin


SEORANG lagi mangsa kemalangan di Jalan Kulim/Baling-Grik berdekatan Kampung Tiak, Kupang, Baling, Khamis lalu, maut.

Nur Ameera Norazizee, 2, disahkan meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, 9 pagi ini.

Ini menjadikan lima mangsa terkorban dalam insiden berkenaan.

Sebelum ini, empat disahkan meninggal dunia apabila kereta Toyota Vios dan sebuah motosikal terbabit dalam kejadian itu.

Mangsa yang maut, pemandu kereta Toyota Vios, Noor Azizi Kamarudin, 34, dan anaknya Mohd Ammar, 4,.

Turut terkorban, penunggang motosikal Fakhrul Razi Khalit, 17, dan Muhammad Izahar Rosli.

Susulan kejadian, Nur Ameera yang parah dihantar ke Hospital Baling (HB) sebelum dirujuk ke HSAH, Sungai Petani sebelum meninggal dunia, hari ini.

Dia akan dikebumikan di sebelah pusara bapanya, di Kampung Gua Reban, petang ini.

NSTP Khamis lalu melaporkan kereta Toyota Vios yang dipandu mangsa dipercayai cuba mengelak sebuah kereta di hadapan yang berhenti untuk memasuki simpang kanan.

Ia menyebabkan mangsa cuba mengelak ke kiri namun berpusing sebelum terbabas ke kanan.

Motosikal yang datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak dan melanggar bahagian sisi sebelah kiri kereta mangsa.

Berita berkaitan

Tragedi pilu menjelang 1 Syawal

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Jun 2018 @ 3:24 PM