BANK Rakyat ceriakan sambutan Aidilfitri kali ini.
BANK Rakyat ceriakan sambutan Aidilfitri kali ini.
Alias Abd Rani

Kuala Lumpur: Kempen Ceria Beraya 2018 bersama Bank Raykat kembali lagi tahun ini sempena Aidilfitri.

Memasuki tahun keempat, kempen yang berlangsung selama dua bulan sehingga 13 Julai ini tentunya memenuhi keperluan kewangan pelanggan sepanjang bulan mulia ini.

Kempen ini menjadi platform terbaik mempromosikan produk utama Bank Rakyat serta melengkapi kehidupan seisi keluarga.

Malah melalui kempen ini, Bank Rakyat berbesar hati ingin membantu masyarakat di samping menawarkan Pembiayaan Peribadi-i bagi yang layak, boleh dapatkan tunai praRaya dan pembiayaan sehingga RM200,000 dengan kadar keuntungan serendah 3.4% setahun.

Kempen yang dilancarkan baru-baru ini menampilkan kelainan berbanding sebelumnya apabila Bank Rakyat menawarkan kadar terendah yang pernah ditawarkan sebelum ini.

Selain itu, Pembiayaan Kenderaan-i juga ditawarkan buat pelanggan yang ingin memandu kenderaan baru pada musim perayaan ini dengan kadar pembiayaan menarik.

Di samping itu, terdapat juga Kad Kredit-i iaitu pulangan tunai petrol dan barangan runcit di semua stesen minyak seluruh Malaysia sehingga 5% tanpa had setiap Khamis dan terbuka kepada semua jenis Kad Kredit-i Bank Rakyat.

Bagi yang layak mendapatkan Pembiayaan Perumahan-i, mereka boleh mendapatkan lebihan tunai, lebih-lebih lagi bagi menampung kelengkapan rumah yang dimiliki pelanggan sempena perayaan yang bakal tiba.

Layari laman web bankrakyat.com.my untuk maklumat lanjut dan permohonan dalam talian Ceria Beraya 2018.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Jun 2018 @ 9:54 AM