Safeek Affendy Razali


MENTERI Besar Selangor Incorporated (MBI Selangor), melakukan program tanggungjawab sosial dan korporat (CSR) dengan mengagihkan 1,500 bungkus bubur lambuk kepada orang ramai di Masjid Jamek, Kuala Lumpur, petang tadi.

Selain bubur lambuk, turut diagihkan menu istimewa iaitu lauk kambing kuzi yang mula diedarkan selepas solat Asar bermula 4.45 petang.

Ketua Pegawai Operasi MBI Selangor Soffan Affendi Aminudin berkata, program berkenaan diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara pihaknya dan masyarakat setempat.

“Selain daripada Masjid Jamek, Jabatan CSR MBI Selangor, bercadang untuk mengadakan program sama di bazar Ramadan, masjid dan kawasan tumpuan orang ramai sekitar Lembah Klang.

“Di samping itu, program ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan juadah berbuka istimewa seperti ini,” katanya.

MBI Selangor, adalah sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Selangor, yang menguruskan hal ehwal pelaburan dan aktiviti CSR negeri Selangor.

Hadir sama, Ketua Pegawai CSR MBI Selangor Mohd Jaafarudin Md Ali.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Mei 2018 @ 11:51 PM
SOFIAN (dua kanan) bersama Jaafarudin mengagihkan bubur lambuk kepada warga kota di Masjid Jamek, Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur, hari ini. FOTO Nik Hariff Hassan
SOFIAN (dua kanan) bersama Jaafarudin mengagihkan bubur lambuk kepada warga kota di Masjid Jamek, Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur, hari ini. FOTO Nik Hariff Hassan