Sultan Perak bersama Raja Permaisuri Perak mendengar penerangan Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Taman Negeri Perak, Nor Asmah Mohd Nawawi sambil diperhatikan  Redza.
Sultan Perak bersama Raja Permaisuri Perak mendengar penerangan Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Taman Negeri Perak, Nor Asmah Mohd Nawawi sambil diperhatikan Redza.
Shaarani Ismail

Gerik: Hentian Royal Belum Amanjaya yang menjadi pintu masuk utama ke Hutan Tropika Belum-Temengor (BTTR) dan Taman Negeri Royal Belum, dekat Pulau Banding di sini, dirasmikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah semalam.

Hentian Royal Belum Amanjaya sebelum ini dikenali sebagai Jeti Awam Pangkalan Aman, Pulau Banding sebelum dinaik taraf.

Pembangunan Hentian Royal Belum Amanjaya sebagai pintu masuk utama bagi pelancong ke kawasan BTTR itu dibangunkan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Daerah Gerik (MDG) dan Perbadanan Taman Negeri Perak (PTKNPk) dimulakan pada Januari 2014 dan siap sepenuhnya pada September 2016.

Jeti baru yang dibina dengan kos RM20.4 juta dilengkapi kedai serbaneka, medan selera, kedai cenderahati, ruang parkir yang mencukupi untuk kereta dan bas serta sebuah helipad.

Hentian Royal Belum Amanjaya.
Hentian Royal Belum Amanjaya.

Turut berangkat pada majlis itu, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah serta Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan negeri, Datuk Saarani Mohamad dan Ketua Eksekutif NCIA, Datuk Redza Rafiq.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Mac 2018 @ 3:41 AM