MAYAT warga emas yang maut dilanggar kereta di hadapan Bazar Rakyat, Kampung Baru Seri Kembangan, Serdang, hari ini. FOTO Ihsan Pembaca
MAYAT warga emas yang maut dilanggar kereta di hadapan Bazar Rakyat, Kampung Baru Seri Kembangan, Serdang, hari ini. FOTO Ihsan Pembaca
Mohd Azam Shah Yaacob


LELAKI warga emas yang sedang berbasikal maut dilanggar kereta dalam kejadian di hadapan Bazar Rakyat, Kampung Baru Seri Kembangan, Serdang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, kejadian berlaku pada 6.30 pagi ketika mangsa Loke Chan Sang, 69, dikatakan berbasikal dari bazar berkenaan untuk pulang ke rumahnya.

Katanya, mangsa dipercayai sedang menyeberang jalan sebelum sebuah kereta dari Seri Kembangan menuju ke Bukit Serdang yang tidak menyedari kehadiran warga emas itu lalu terus melanggarnya.

“Ketika kejadian, keadaan gelap dan tiada lampu jalan dipercayai menjadi punca pemandu kereta terbabit tidak menyedari kehadiran mangsa.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa tercampak ke tengah jalan dan parah pada bahagian kepala serta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 January 2018 @ 4:08 PM