barangan yang dirampas daripada suspek pecah rumah dan curi motosikal.
barangan yang dirampas daripada suspek pecah rumah dan curi motosikal.

Serdang: Sekumpulan tiga penjenayah yang memilih kediaman milik warga asing sebagai sasaran kegiatan samun berkumpulan.

Penjenayah warga Indonesia itu dikesan melarikan telefon pintar, barang kemas dan wang milik mangsa dirompak.

Kegiatan itu bagaimanapun ditumpaskan polis selepas seorang lelaki warga Indonesia ditahan
di flat di Seri Kembangan
di sini, jam 8.30 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, penahanan supek membawa kepada tangkapan seorang lagi rakannya yang juga
warga Indonesia di Seri Kembangan, di sini.

“Kumpulan penjenayah membabitkan tiga penjenayah. Mereka hanya menyasarkan rumah warga asing bagi mengelak perbuatan mereka dikesan,” katanya.

“Ketika memecah masuk rumah mangsa, dua daripada mereka
akan masuk menyerang penghuni manakala seorang lagi memerhati
di luar kediaman,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Ogos 2016 @ 5:20 AM