KEADAAN mangsa yang maut dalam kemalangan membabitkan dua van di Kilometer 12, Jalan Yong Peng - Muar, 4.30 pagi hari ini. Foto Ihsan Polis
KEADAAN mangsa yang maut dalam kemalangan membabitkan dua van di Kilometer 12, Jalan Yong Peng - Muar, 4.30 pagi hari ini. Foto Ihsan Polis
Essa Abu Yamin


DUA lelaki maut manakala seorang penumpang cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua van bertembung di Kilometer 12, Jalan Yong Peng-Muar, 4.30 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila Nissan Vanette dipandu Zhen Xiang, 25, dari Batu Pahat ke Yong Peng bertembung sebuah Ford Econovan yang yang tiba-tiba masuk ke laluan bertentangan

"Akibat pertembungan itu, pemandu Nissan Vanette maut di tempat kejadian manakala pemandu Ford Econovan dikenali Lee Wee Long, 30, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

"Manakala penumpang Nissan Vanette cedera parah dan dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk rawatan," katanya.

Menurutnya, mayat kedua-dua pemandu terbabit turut dihantar ke hospital sama untuk dibedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 January 2018 @ 4:04 PM