Anggota polis yang cedera kaki akibat dirempuh kereta menerima rawatan di hospital. - Foto Ihsan PDRM
Anggota polis yang cedera kaki akibat dirempuh kereta menerima rawatan di hospital. - Foto Ihsan PDRM
Hadzlihady Hassan


SEORANG anggota polis cedera kaki kanan akibat dirempuh kereta di Jalan Ria, Georgetown, hari ini.

Kejadian 1 pagi itu berlaku ketika Lans Koperal Norman Sani, 29, sedang membuat rondaan bersama seorang rakan setugas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, anggota terbabit menahan sebuah Proton Wira dan membuat pemeriksaan di tepi jalan.

“Sebuah Perodua Myvi dipandu seorang lelaki tiba-tiba merempuh anggota terbabit menyebabkan mangsa tersepit antara dua kenderaan itu,” € katanya.

Menurutnya, pemandu Perodua MyVi berusia 30 tahun itu ditahan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 January 2018 @ 2:04 PM