Semua penunggang basikal lajak dibawa ke  Balai Trafik Langkawi (BTL) untuk siasatan lanjut. gambar ihsan polis.
Semua penunggang basikal lajak dibawa ke Balai Trafik Langkawi (BTL) untuk siasatan lanjut. gambar ihsan polis.

Hamzah Osman

[email protected]

gambar: ihsan PDRM

POLIS menyita 17 basikal lajak dan menahan 17 penunggang dalam operasi selama tiga jam di Jalan Kuala Teriang dan Padang Matsirat, Langkawi, hari ini.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Langkawi Asisten Superintendan Ahmad Shukri Ramli berkata, operasi itu dijalankan oleh seorang pegawai dan empat anggota dari Balai Trafik Langkawi (BTL) bermula jam 5 petang tadi.

"Operasi dilakukan berikutan penularan video berdurasi 10 saat dalam media sosial yang memaparkan aksi berbahaya sekumpulan remaja dipercayai menyertai lumba basikal lajak sekitar Langkawi beberapa hari lalu.

"Sepasukan anggota trafik yang melakukan operasi mengesan sekumpulan 17 kanak-kanak dan remaja berusia 12 dan 16 tahun mempamerkan aksi berbahaya menggunakan basikal lajak di Jalan Kuala Teriang dan Padang Matsirat sebelum bertindak menahan mereka," katanya ketika dihubungi di sini.

Ahmad Shukri berkata, pemeriksaan mendapati 17 basikal yang digunakan diubah suai dan tidak mempunyai sistem brek, sekali gus mengundang bahaya.

"Sejurus ditahan, semua penunggang itu dibawa ke BTL untuk siasatan lanjut sebelum memanggil waris mereka untuk diambil keterangan bagi kes sama.

"Manakala basikal mereka disita dan kes disiasat mengikut Seksyen 112 (3) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 serta mengeluarkan saman mengikut Peraturan 42 (1) LN 166/59 Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959 kerana mengubah suai basikal," katanya.

Beliau berkata, aksi berbahaya yang dilakukan penungang basikal lajak itu bukan sahaja menyalahi undang undang, bahkan boleh mengundang kemalangan kepada d

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 January 2018 @ 2:49 PM