Keadaan mayat mangsa kemalangan di Lebuh Puchong- Bukit Jalil, hari ini. FOTO Ihsan PDRM
Keadaan mayat mangsa kemalangan di Lebuh Puchong- Bukit Jalil, hari ini. FOTO Ihsan PDRM
Mohd Hasbi Sidek


SEORANG wanita maut selepas motosikal ditungganginya dilanggar sebuah kenderaan di Lebuh Puchong-Bukit Jalil menghala ke Puchong, Serdang pada 8 pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa Norizan Montak, 28, dalam perjalanan dari Bandar Kinrara menghala ke Puchong.

“Sebaik tiba di lokasi, mangsa dipercayai dilanggar sebuah kenderaan tidak dikenal pasti menyebabkannya terjatuh sebelum disahkan meninggal dunia.

“Pihak polis dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 8.15 pagi selepas mayat mangsa ditemui orang awam,”

katanya.

Katanya, pihaknya akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian bagi mengenal pasti kenderaan terbabit.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk membantu siasatan,” katanya.

Katanya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Serdang dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 January 2018 @ 12:52 PM