KEDAI jahit turut diserbu imigresen dalam Op Ikrar.
KEDAI jahit turut diserbu imigresen dalam Op Ikrar.
ANGGOTA imigresen menahan warga asing dalam Ops Ikrar di sekitar Padang Jawa untuk pemeriksaan lanjut.
ANGGOTA imigresen menahan warga asing dalam Ops Ikrar di sekitar Padang Jawa untuk pemeriksaan lanjut.
Iskandar Shah Mohamed


Shah Alam: Puluhan pendatang asing tanpa izin (PATI) ‘kepanasan’ apabila 12 lokasi termasuk restoran dan kedai runcit di sekitar Padang Jawa di sini, digempur Jabatan Imigresen Selangor.

Ia berikutan beberapa rumah di kawasan itu turut disewa warga asing terbabit sejak enam bulan lalu.

Pada Ops Ikrar bermula jam 9.30 malam kelmarin hingga jam 2 pagi semalam, 37 warga asing termasuk kanak-kanak ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah serta tamat tempoh pas.

Pengarah Imigresen negeri Omran Omar berkata, operasi itu dijalankan hasil aduan awam dan risikan.

Hasil maklumat itu,
kami menggempur rumah, restoran dan kedai runcit
di kawasan berkenaan.

“Seramai 56 warga asing diperiksa dan 37 daripada mereka ditahan atas pelbagai kesalahan Imigresen.

“Warga asing ditahan berusia lima hingga 46 tahun itu membabitkan warga Indonesia, India dan Bangladesh,” katanya.

Menurut beliau, semua 25 lelaki, 11 wanita dan seorang kanak-kanak perempuan itu dibawa ke ke Pejabat Penguatkuasa Jabatan Imigresen negeri di sini, untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 January 2018 @ 9:30 AM