Ngaesah meninggal dunia, suaminya parah selepas Perodua Viva dinaiki dilanggar sebelum diseret lori tanpa muatan di persimpangan Jalan Bindu-Parit Haji Salleh di Batu Pahat, 10.36 pagi hari ini. FOTO Essa Abu Yamin
Ngaesah meninggal dunia, suaminya parah selepas Perodua Viva dinaiki dilanggar sebelum diseret lori tanpa muatan di persimpangan Jalan Bindu-Parit Haji Salleh di Batu Pahat, 10.36 pagi hari ini. FOTO Essa Abu Yamin
Mohamad Fahd Rahmat

[email protected]. my

WANITA warga emas berusia 65 tahun maut, suaminya parah selepas Perodua Viva dinaiki dilanggar sebelum diseret lori tanpa muatan di persimpangan Jalan Bindu-Parit Haji Salleh di Batu Pahat, 10.36 pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, kereta dinaiki pasangan berkenaan diseret sejauh 50 meter menyebabkan Ngaesah Taib meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala, manakala suaminya yang memandu kereta, Mohd Salleh Ali, 68, parah dan dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk dirawat.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Viva itu dari Parit Besar ke Parit Yaani melalui Panchor manakala lori berkenaan dari Tongkang Pechah ke Jalan Kluang sebelum bertembung di persimpangan Jalan Bindu-Parit Haji Salleh .

"Permukaan jalan licin akibat hujan renyai ketika kemalangan berlaku. Pemandu lori berusia 49 tahun bagaimanapun tidak cedera dan mangsa yang maut dihantar polis ke HSNI," katanya ketika dihubungi hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Jun 2017 @ 5:54 PM