Berita semalam yang memaparkan penafian Mommy mengenai Zizie sudah bersalin.
Berita semalam yang memaparkan penafian Mommy mengenai Zizie sudah bersalin.
Syafil Syazwan Jefri


“Mommy tak ada niat untuk menipu. Mommy tak mahu nanti ada orang bercakap, dah tua-tua pun nak menipu,”.

Itu luahan pelakon, Kathy Fauziah yang juga ibu kepada pelakon, Zizie Ezzete yang semalam menafikan anaknya itu sudah bersalin.

“Semua orang perlu faham situasi kerana selepas Zizie bersalin, satu daripada bayi kembarnya dalam keadaan lemah.

“Dia ada berpesan kepada Mommy supaya tidak berkongsi apa-apa maklumat memandangkan kedua-dua bayinya di bawah pengawasan doktor.

“Apabila doktor mengesahkan bahawa kedua-dua bayi berada dalam keadaan sihat dan kuat, barulah kami sekeluarga kongsikan bersama peminat dan semua,” katanya.

Menurutnya, ketika dia dimaklumkan mengenai berita kelahiran itu, dia sedang berada di Melaka.

“Ketika itu, Mommy berada di Melaka. Mommy sepatutnya pulang ke Kuala Lumpur pada malam (29 Disember), tapi, apabila dimaklumkan air ketuban sudah pecah, saya terus pulang ke Kuala Lumpur,” katanya.

Yang pasti, dia bersyukur kerana anak serta cucu-cucunya berada dalam keadaan sihat.

“Alhamdulillah. Yang penting, kesemua mereka berada dalam keadaan sihat.

“Rezeki juga untuk Mommy sekeluarga kerana dalam tahun 2017, Mommy dikurniakan empat cucu dan kesemuanya lelaki,” katanya.

Zizie, 39, yang juga isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin, 58, selamat melahirkan bayi kembar pada pagi Jumaat lalu dan itu adalah cahaya mata pertama mereka selepas berkahwin pada 2009.

Berita berkaitan:

Zizie menanti hari...

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Disember 2017 @ 9:18 PM