Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama Tengku Permaisuri Norashikin mencemar duli menaiki tren MRT dari Stesen Muzium Ke Stesen Kajang. FOTO ASYRAF HAMZAH
Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama Tengku Permaisuri Norashikin mencemar duli menaiki tren MRT dari Stesen Muzium Ke Stesen Kajang. FOTO ASYRAF HAMZAH
Faliq Lajim


SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat dalam Kunjungan Diraja ke fasiliti rel urban kendalian Prasarana Malaysia di sekitar Lembah Klang hari ini.

Baginda tiba di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Glenmarie jam 10 pagi bersama Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Mengiringi baginda Pengerusi Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad, Tan Sri Khalid Abu Bakar serta Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana, Datuk Azmi Abdul Aziz.

Baginda bersama rombongan kemudian berangkat menaiki LRT dari Stesen Glenmarie jam 10.20 pagi ke KL Sentral.

Rombongan Diraja itu kemudian menaiki LRT ke Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh Kajang dengan perjalanan dari Stesen MRT Muzium Negara ke Stesen MRT Stadium Kajang.

Baginda bersama rombongan akan bersantap di Sate Kajang Haji Samuri.

Selepas santapan tengah hari, rombongan diraja itu akan kembali ke Stesen MRT Stadium Kajang untuk berangkat ke stesen MRT Sungai Buloh untuk meninjau stesen berkenaan.

Rombongan itu akan meneruskan perjalanan ke Stesen MRT Merdeka untuk meninjau kawasan berkenaan.

Selepas itu, rombongan akan meneruskan perjalanan menggunakan perkhidmatan LRT dari Stesen LRT Plaza Rakyat untuk perjalanan singkat ke Stesen LRT Hang Tuah untuk bertukar ke perkhidmatan Monorel.

Dari Stesen Monorel Hang Tuah, rombongan akan berangkat ke Stesen Monorel Bukit Nanas sebelum berangkat ke Hotel Concorde Kuala Lumpur

Program dijangka berakhir pada 6 petang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Disember 2017 @ 1:12 PM