ANTARA rumah penduduk di Kampung Simpangan, Tumpat yang dinaiki air sejak Selasa dan mengalami banjir termenung, semalam. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
ANTARA rumah penduduk di Kampung Simpangan, Tumpat yang dinaiki air sejak Selasa dan mengalami banjir termenung, semalam. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Mohamad Zulhairie Manzaidi


KERAJAAN Pusat akan memberi perhatian sepenuhnya bagi menangani banjir termenung di Tumpat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, daripada maklumat, pihaknya mendapati banjir termenung disebabkan masalah muara yang menyebabkan air tidak dapat keluar.

"Kita minta pelbagai pihak termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) supaya segera mendalamkan muara sungai.

"Banjir termenung menyebabkan beberapa kampung terputus hubungan," katanya ketika ditemui selepas melawat dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Kampung Kubang Sawa, Tumpat, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Abd Rashid Harun; Pengerusi Pengurusan Bencana Jajahan Tumpat, Rosnazli Amin; dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, Mat Razi Mat Ail.

Shahidan berkata, pengurusan banjir di Kelantan yang diuruskan oleh NADMA adalah yang terbaik.

Katanya, mangsa banjir mendapat pelbagai kemudahan kerana semua masalah termasuk kerosakan kipas, bilik air, tempat tidur dan bilik air diambil berat.

"Keperluan makanan, minuman dan dapur diambil berat oleh pelbagai pihak untuk kemudahan dan keselesaan mangsa banjir.

"Pada masa sama, kita juga bersedia untuk berdepan banjir gelombang kedua yang dijangka akan berlaku pada bila-bila masa," katanya.

Berita berkaitan:

Dengus banjir

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Disember 2017 @ 7:55 PM