HM Digital

Tumpat: Pengurusan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan dalam keadaan teratur dan tersusun dengan bantuan pelbagai pihak termasuk pasukan penyelamat serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Penasihat Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), Tan Sri Syarifah Zarah Syed Ahmad berkata, bantuan yang diberikan NGO banyak membantu agensi penyelamat melancarkan urusan di PPS.

“Kami bersama beberapa agensi lain sudah bersedia lebih awal di PPS untuk membantu dan menyambut mangsa banjir yang dipindahkan.

“Malah, BSMM turut membantu menguruskan segala keperluan makanan seperti memasak dengan bantuan mangsa banjir,” katanya ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan (SK) Kelaboran, di sini, semalam.

SYARIFAH (dua dari kiri) melawat  mangsa banjir di SK Kelaboran.
SYARIFAH (dua dari kiri) melawat mangsa banjir di SK Kelaboran.

Beliau yang juga Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia berkata, bagi mengelakkan mangsa banjir bosan, pihak yang bertugas termasuk sukarelawan menganjurkan pelbagai program dan aktiviti.

“Kehidupan seharian mangsa banyak diisi dengan pelbagai aktiviti antaranya mendidik kanak-kanak akan bahaya air, cara menjaga kebersihan dan banyak lagi,” katanya.

Menurutnya, selain berada di PPS, pihaknya turut menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir yang terkepung di Kampung Simpangan dan Bendang Pak Yong.

Berita berkaitan:

Dengus banjir

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Disember 2017 @ 11:06 AM