LOH  (kiri) menunjukkan gambar dan pasport milik anaknya,  Xin Yue. Turut sama, Jimmy.
LOH (kiri) menunjukkan gambar dan pasport milik anaknya, Xin Yue. Turut sama, Jimmy.
Razif Rosli

Ipoh: “Saya bimbangkan kesihatan anak perempuan, Loh Xin Yue berusia tiga tahun yang menghidap sawan dan perlu memakan ubat setiap hari,” kata Loh Mun Kit, 38.

Menurutnya, dia merayu isterinya, Nguyen Thi Xuyen, 36, warga Vietnam supaya pulang ke pangkuan keluarga selepas keluar dari rumah mereka bersama anak tunggalnya itu sejak 24 November lalu.

Katanya, tindakan isterinya itu berpunca daripada perselisihan faham antara mereka, malah isterinya pernah memberitahu akan pulang ke Vietnam sama ada mengikut saluran betul atau melalui ‘jalan tikus’.

“Kira-kira jam 11.30 pagi Jumaat lalu, saya pulang ke rumah di Pasir Pinji dan mendapati isteri serta anak perempuan tiada di rumah,” katanya di Pejabat MCA negeri di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Biro Perkhidmatan Awam dan Pengaduan MCA Perak Jimmy Loh Thim Kheun berkata, pihaknya merayu wanita berkenaan pulang ke pangkuan suami bersama anak mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 November 2017 @ 7:57 AM