GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

BEKAS jurulatih tenis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini atas pertuduhan memegang kemaluan kanak-kanak lelaki empat tahun lalu.

Nik Muhamad Nik Ibrahim, 35, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 11 tahun dengan maksud hendak mencabul kehormatannya di rumah di Kuala Lumpur pada 3 petang, Disember 2013.

Lelaki itu dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua dari seksaan itu, jika sabit kesalah.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Noorelynna Hanim Abd Halim tidak menawarkan sebarang jaminan dengan alasan tertuduh sedang menjalani hukuman bagi kesalahan lain di Penjara Kajang.

Majistret Maizatul Munirah Abd Rahman menetapkan 11 Disember ini untuk sebutan semula kes bagi membolehkan tertuduh melantik peguam.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 November 2017 @ 5:54 PM