Zatul Iffah Zolkiply


PENGANGGUR dijatuhi hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini kerana mencabul kanak-kanak perempuan yang juga anak tirinya berusia lima tahun.

Hakim Azman Mustapha membuat keputusan itu selepas tertuduh yang berusia 44 tahun mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan mencabul mangsa di sebuah rumah di Sungai Tong, Setiu antara September 2016 hingga April lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh yang berkahwin dengan ibu mangsa sejak September tahun lalu berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Syairah Mohamad Razali manakala tertuduh diwakili peguam, Muhamad Ramlan Taib.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 November 2017 @ 3:40 PM
PENGANGGUR dijatuhi hukuman 18 bulan penjara di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu kerana mencabul kehormatan anak tirinya yang berusia lima tahun. FOTO Mohd Syafiq Ridzuan Ambak
PENGANGGUR dijatuhi hukuman 18 bulan penjara di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu kerana mencabul kehormatan anak tirinya yang berusia lima tahun. FOTO Mohd Syafiq Ridzuan Ambak