KETUA Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Azlin Sadari   merasmikan Program Menembak Agensi Kerajaan dan Rakan Media di Lapang Sasar Kelab Menembak Subang, semalam.
KETUA Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Azlin Sadari merasmikan Program Menembak Agensi Kerajaan dan Rakan Media di Lapang Sasar Kelab Menembak Subang, semalam.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Subang Jaya: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) memantau 100 premis haram yang beroperasi tanpa lesen di kawasan pentadbiran MPSJ.

Timbalan Yang Dipertua MPSJ Mohd Zulkurnain Che Ali berkata, jumlah premis haram itu termasuk pusat urut, pusat hiburan keluarga dan premis yang menjalankan sukan snuker di bangunan tidak dibenarkan.

“MPSJ akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap premis yang masih berdegil.

“Premis haram ini akan diambil tindakan. Selain tindakan meroboh, pemilik premis juga boleh dikenakan tindakan saman kerana beroperasi tanpa lesen,” katanya selepas merasmikan Program Menembak Agensi Kerajaan dan Rakan Media di Lapang Sasar Kelab Menembak Subang di sini, semalam.

Pertandingan berkenaan disertai enam agensi kerajaan termasuk PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Mohd Zulkurnain berkata, program berkenaan dianjurkan bagi mengeratkan silaturahim antara agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT),

“Kebanyakan kita sering bertemu dan berurusan, jadi ini adalah satu cara untuk merapatkan lagi hubungan antara rakan strategik kami,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 November 2017 @ 4:45 AM