NAJIB tiba di Parlimen bagi pembentangan Bajet 2018. FOTO Bernama
NAJIB tiba di Parlimen bagi pembentangan Bajet 2018. FOTO Bernama
Nazura Ngah


PERDANA MENTERI, Datuk Seri Najib Razak tiba di Parlimen bagi membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat, di Kuala Lumpur, hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan tiba di lobi Parlimen pada 3.15 petang dengan memakai baju Melayu biru diiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri.

Pada sesi taklimat media kepada editor semalam, Perdana Najib berkata, Bajet 2018 adalah bajet inklusif yang mengambil kira kepentingan rakyat daripada semua lapisan masyarakat.

Bajet 2018 akan menekankan isu berkaitan belia, agenda Bumiputera, Pelan Tindakan masyarakat Cina dan India.

Bajet itu juga akan membabitkan bidang yang mewujudkan sumber pertumbuhan baharu untuk negara serta kekayaan baharu untuk rakyat, menangani cabaran dalam menghadapi Revolusi Industri 4.0, digital Malaysia serta pelaburan dalam infrastruktur yang menyokong pertumbuhan ekonomi yang kukuh.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Oktober 2017 @ 3:40 PM