BANGUNAN Parlimen. FOTO arkib NSTP
BANGUNAN Parlimen. FOTO arkib NSTP
Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad dan Mohd Nasif Badruddin


Kuala Lumpur: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Bajet 2016 di peringkat dasar untuk bacaan kali kedua dengan 128 Ahli Parlimen menyokong, 74 menolak dan enam berkecuali.

Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 23 Oktober lalu, dibahas serta digulung selama sembilan hari dan dijadual melalui perbahasan peringkat jawatankuasa mulai esok.

Keputusan undian itu diumumkan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menyaksikan enam Ahli Parlimen PAS berkecuali dalam pengundian itu.

Najib yang sebelum ini berada di Turki tiba di Parlimen lewat petang tadi untuk menyertai proses pengundian yang turut disertai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 November 2015 @ 10:26 PM