Muhammad Adib merai kejayaan bersama ibu bapa, semalam.
Muhammad Adib merai kejayaan bersama ibu bapa, semalam.
HM Digital

Shah Alam: Usaha keras demi mencipta kejayaan dalam kehidupan menjadi tunjang utama kepada Muhammad Adib Akmal Noor Azlan, 24, meraih Anugerah Naib Canselor pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-87 di sini kelmarin.

Graduan Sarjana Muda Kewangan dari Kampus UiTM, Alor Gajah, Melaka itu memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.90 sekali gus menjadikannya antara penuntut cemerlang dalam istiadat berkenaan.

Muhammad Adib yang penerima biasiswa Sime Darby berkata, dia sentiasa sematkan dalam diri untuk melakukan yang terbaik.

“Jika orang lain boleh, kenapa kita tidak. Itu yang saya lakukan sepanjang belajar di UiTM, sentiasa letakkan sesuatu matlamat untuk dicapai sebaik mungkin.

“Tiada rahsia untuk berjaya selain daripada belajar secara konsisten, jangan mudah putus asa kerana kejayaan tidak akan datang bergolek,” katanya yang kini bekerja sebagai Eksekutif Audit Dalaman di Sime Darby Plantation sejak Februari lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Oktober 2017 @ 10:10 AM