Mohd Hafizee Mohd Arop


LELAKI didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh, hari ini atas pertuduhan membunuh pencuci rumah sambilan warga Indonesia di Kampung Tersusun Tasek, Bercham, 9 Oktober lalu.

Tertuduh, Khairul Azizi Abdul Jalil,34, mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Siti Hafiza Jaafar dan tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Khairul Azizi didakwa membunuh Aidah Tursinawati di No 1A Hala Tasek Timur 30, Kampung Tersusun Tasek, Bercham, Ipoh, 3.25 petang, 9 Oktober lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwaraya, Irna Julieza Maaras manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Siti Hafizah kemudiannya menetapkan 14 Disember ini sebagai sebutan semula kes.

Pada 9 Oktober lalu, Harian Metro melaporkan wanita warga Indonesia berusia 40-an dibunuh ketika datang ke rumah untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan.

Difahamkan, suspek kemudianhya datang sendiri ke Balai Polis Bercham dan memberitahu dia sudah membunuh wanita itu.

Pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan di muka, belakang badan dan tiga jarinya putus dipercayai ditetak menggunakan parang.

Berita berkaitan:

Selamba ke balai polis mengaku membunuh

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Oktober 2017 @ 11:12 AM
TERTUDUH (kanan) dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh wanita Indonesia. FOTO Muhaizan Yahya
TERTUDUH (kanan) dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh wanita Indonesia. FOTO Muhaizan Yahya