Suraya Roslan


KUALA Lumpur menduduki tempat ke-24 dalam kategori keselamatan awam dan ke-31 secara keseluruhan bandar paling selamat di dunia pada 2017 menewaskan beberapa negara maju lain seperti Beijing, Moscow, New York dan Paris.

Kajian The Economist Intelligence Unit 2017 (EIU) dijalankan sebuah firma di bawah The Economist Group yang menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat dan unjuran ekonomi itu menyenaraikan Kuala Lumpur berada di kedudukan tinggi dalam keselamatan awam menewaskan negara maju lain berikutan kecekapan menangani penggunaan dadah, isu jantina dan ancaman pengganas berbanding negara lain.

Selain itu, EIU menyenaraikan Tokyo adalah bandar paling selamat di dunia manakala Karachi menduduki tempat terakhir iaitu ke-60.

Berdasarkan kajian itu yang diterbitkan sejak dua tahun lalu menyenaraikan bandar selamat dengan jumlah penduduk dunia berkembang lebih daripada 150 juta orang dan sehingga kini melebihi empat bilion.

Lebih 90 peratus daripada peningkatan urbanisasi berlaku di negara membangun, dengan penghijrahan besar-besaran dari kawasan luar bandar ke bandar mempercepatkan pembangunan negara maju.

Keputusan kajian Indeks Bandar Selamat itu meliputi 60 bandar raya dengan tiga bandar teratas tidak berubah dari 2015 iaitu Tokyo, Singapura dan Osaka menduduki tempat pertama, kedua dan ketiga yang dibezakan dengan beberapa mata saja manakala 10 kedudukan teratas dari negara Asia dan Eropah.

Berdasarkan kajian itu, Karachi, Pakistan berada di tangga terakhir berikutan tahap keselamatan yang rendah selain kekerapan serangan pengganas dan paling teruk dilaporkan sepanjang 2017 iaitu membabitkan 500 cedera dan kematian.

Jakarta, Indonesia yang menduduki tempat terakhir pada 2015 kini menduduki tangga ke-57 ini berikutan penambahan bandar Karachi, Yangon dan Dhaka.

Bagi kategori keselamatan awam, Kuala Lumpur yang berada di kedudukan ke-24 menewaskan Beijing, Paris, Shanghai, New York dan Rome walaupun baru tahun ini ibu negara Malaysia itu dimasukkan dalam senarai.

Kuala Lumpur yang menerima 81.02 mata itu disenaraikan selepas dapat dilihat dapat menangani ancaman keganasan berbanding negara maju lain.

Singapura berada di kedudukan pertama apabila menerima 94.94 mata manakala Wellington di kedudukan kedua dan ketiga adalah Osaka.

#kw bandar paling selamat

#loc 3.1390030000000002, 101.68685499999999

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Oktober 2017 @ 7:25 PM