EMPAT penguatkuasa JPJ di Mahkamah Majistret Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah
EMPAT penguatkuasa JPJ di Mahkamah Majistret Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Hayati Ibrahim


EMPAT penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang sebelum ini direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung suapan diperoleh daripada pengusaha bas sekolah bernilai RM400 hingga RM600 dibebaskan tahanan reman hari ini.

Majistret Nadhirah Abdul Rahim melepaskan mereka dengan deposit RM1,500 dan bon jaminan RM8,000 serta seorang penjamin untuk setiap seorang.

Terdahulu, mereka tiba Mahkamah Majistret Putrajaya pada 8.50 pagi diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pada 4 Oktober lalu, Harian Metro melaporkan empat anggota JPJ yang berusia awal 30-an direman selama enam hari sehingga hari ini.

Semua suspek adalah pegawai penguatkuasa JPJ bertugas di Cawangan Bangi, Selangor.

Mereka ditahan pada 3 petang, 3 Oktober lalu selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Sumber dipetik, empat anggota berkenaan mengambil suapan supaya tidak mengambil tindakan terhadap pemandu bas sekolah terbabit yang didakwa tidak mempunyai permit sah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 kerana memperoleh suapan.

Berita berkaitan:

Empat penguatkuasa JPJ direman [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Oktober 2017 @ 11:12 AM