ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan, semalam.
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan, semalam.
Khairul Najib Asarulah Khan

Seremban: Seorang wanita maut selepas kereta dinaikinya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 264.7, Lebuhraya Utara- Selatan, arah selatan, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi, Proton Waja dinaiki wanita berusia 31 tahun merempuh Honda Accord yang berhenti di lorong paling kanan selepas kenderaan itu kemalangan.

Rempuhan itu menyebabkan kereta mangsa hilang kawalan lalu merempuh Toyota Avanza yang berhenti di hadapan Honda Accord berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Oktober 2017 @ 6:00 AM