LEONG sempat meninggalkan nota supaya menghubungi kakaknya.
LEONG sempat meninggalkan nota supaya menghubungi kakaknya.
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Kuantan: Seorang lelaki sempat meninggalkan nota supaya orang yang menemui mayatnya menghubungi kakaknya sebelum membunuh diri.

Itu dilakukan pemilik kedai tayar, Leong Moon Keong, 43, apabila ditemui dalam keadaan tergantung dipercayai membunuh diri di premis perniagaan miliknya di Jalan Air Putih, semalam

Dalam kejadian jam 9.45 pagi, mangsa sempat meninggalkan nota dalam bahasa Melayu di lokasi di mana mayatnya ditemui supaya menghubungi kakaknya.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ditemui pada mangsa atau di lokasi kejadian.

“Kami akan merakam keterangan pekerja, keluarga dan beberapa individu bagi mengetahui punca sebenar lelaki itu membunuh diri,” katanya, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, semalam.

Beliau berkata, mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan melutut dengan tali tersangkut pada lehernya dan polis turut menemui tangga berhampiran mangsa.

Abdul Aziz berkata, mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 September 2017 @ 4:26 AM