MAYAT ditemui dalam kereta terbakar. FOTO ihsan Bomba
MAYAT ditemui dalam kereta terbakar. FOTO ihsan Bomba
Fardy Bungga


MAYAT belum dikenal pasti identiti ditemui rentung di dalam kereta yang terbakar di Jalan Donggongon, Penampang, kira-kira jam 5 pagi, hari ini.

Kejadian disedari orang ramai yang melalui jalan berkenaan sebelum menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Khatizah Rahaban berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.43 pagi dan mengerahkan sebuah jentera bersama sembilan anggota serta pegawai ke tempat kejadian.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, kereta sudah terbakar hampir 80 peratus dan operasi pemadaman segera dilakukan sebelum api dipadamkan beberapa minit selepas itu.

"Sebaik api dipadamkan, satu mayat rentung ditemui di dalam kenderaan berkenaan. Identiti mangsa belum dapat dipastikan dan kes diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 September 2017 @ 10:10 AM