GAMBAR ihsan Polis Diraja Malaysia
GAMBAR ihsan Polis Diraja Malaysia
Nasrawati Syarifuddin


POLIS Tawau memberkas tujuh lelaki yang sedang leka berjudi teka nombor di Kampung Kurnia Jaya, Jalan Apas, Tawau.

Ketua Polis Derah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, berkata tujuh lelaki berusia antara 12 hingga 78 tahun diberkas dalam serbuan pada 3.45 petang Ahad.

"Hasil serbuan itu, papan judi teka nombor bersama 133 daun terup dirampas.

"Turut dirampas, tempat menyimpan nombor bersama kepingan nombor, gunting dan RM199 tunai," katanya ketika dihubungi.

Fadil berkata, semua suspek ditahan mengikut Seksyen 6 Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 September 2017 @ 12:19 AM