Razak (tengah) melancarkan model Triumph Street Triple 2018 di Petaling Jaya. FOTO Lizam Ridzuan
Razak (tengah) melancarkan model Triumph Street Triple 2018 di Petaling Jaya. FOTO Lizam Ridzuan
Lizam Ridzuan


FAST Bikes Sdn Bhd, pengimport dan pengedar rasmi motosikal jenama Triumph di Malaysia memperkenalkan model baru Street Triple 2018 untuk pasaran tempatan hari ini.

Tiga varian ditawarkan iaitu Street Triple S, Street Triple R dan Street Triple RS disasarkan untuk golongan berusia antara 25 hingga 35 tahun.

Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Razak al-Malique berkata, motosikal itu antara model yang versatil dalam segmennya dikuasakan dengan enjin 765cc.

"Ia sesuai untuk tunggangan harian dan memberikan prestasi menakjubkan ketika hujung minggu di atas litar," katanya ketika pelancaran.

Triumph Street Triple S dijual pada harga RM52,900, Street Triple R pada harga RM59,900 dan Street Triple RS RM66,900.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Ogos 2017 @ 7:25 PM