SHAIK Nurudi  (lima kiri) menunjukkan bendera Malaysia berasaskan botol plastik. FOTO Rosliza Mohamed
SHAIK Nurudi (lima kiri) menunjukkan bendera Malaysia berasaskan botol plastik. FOTO Rosliza Mohamed
Rosliza Mohamed


JALUR Gemilang diperbuat daripada botol plastik terbuang digantung di hadapan pejabat Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kelantan sebagai meraikan Hari Kemerdekaan Ke-60 negara.

Penghasilan bendera itu insiatif 20 kakitangan agensi berkenaan sejak 13 Ogos lalu.

Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kelantan Shaik Nurudin Shaik Shahrudin berkata, 1,000 botol plastik terbuang yang bersaiz 500 mililiter digunakan untuk menghasilkan bendera terbabit.

"Kami mengambil masa seminggu untuk menyiapkannya yang berukuran 4.3 meter panjang dan lebar 2.1 meter.

"Ini sebahagian usaha kami meraikan kemerdekaan negara dan berbangga apabila dapat hasilkan sesuatu daripada keringat sendiri," katanya ditemui di pejabatnya di Kota Bharu, hari ini.

Beliau berkata, sebelum ini pihaknya hanya menggantung bendera sebagai tanda meraikan bulan kemerdekaan dan langkah menyiapkan Jalur Gemilang daripada botol plastik terbuang adalah percubaan pertama untuk kelainan, tahun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Ogos 2017 @ 5:15 PM