Pemenang utama peraduan Ceria Sepanjang Jalan anjuran PLUS, Jalilah (kiri), Mohammad Faiz dan Fatin Amiza. FOTO Rohanis Shukri
Pemenang utama peraduan Ceria Sepanjang Jalan anjuran PLUS, Jalilah (kiri), Mohammad Faiz dan Fatin Amiza. FOTO Rohanis Shukri
Asmah Rusman


SIAPA sangka dengan mendaftar sebagai pemegang kad PLUSMiles dan memberikan komen kreatif, tiga pengguna lebuh raya PLUS dapat merasai pengalaman terbang menaiki helikopter secara eksklusif di sekitar Kuala Lumpur, hari ini.

Jalilah Towkuman, 29, Muhammad Faiz Shamsudin, 30, dan Fatin Hamiza Baharin, 30, masing-masing dari Kota Damansara, Pagoh, Johor dan Bukit Beruntung menikmati pengalaman berharga itu selepas diumumkan sebagai pemenang utama Mei dan Jun bagi Peraduan Ceria Sepanjang Jalan anjuran PLUS Berhad.

Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail berkata, lebih 1,000 penyertaan diterima daripada pemegang kad PLUSMiles bagi peraduan yang berlangsung antara 8 Mei hingga 27 Jun lalu.

"Sejak peraduan ini diadakan, kami mendapati terdapat peningkatan pendaftaran kad PLUSMiles yang konsisten sebanyak 31 peratus," katanya pada Majlis Penyampaian Hadiah dan Pengumuman Duta PLUS di Perdana PLUS, Subang, Selangor.

Pada majlis itu, Azman turut mengumumkan perlantikan Janna Nick sebagai Duta PLUS.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Ogos 2017 @ 6:52 PM